Sesampai nye dekat krabi international airport terus ade driver jemput kami. kawan ak dh booking awal2 hotel dekat groupon. huhu.. nampak sangat percutian kami ni percutian budget kan. weee... total bayar hotel utk seorang dalam rm150 utk 3 malam. Kami tinggal di haleeva hotel, Ao Nang.perjalanan dalam sejam dari Airport Krabi ke Hotel kami. mmg comel hotel ni, siap ade swimming pool bagai. bila dh sampai dalam tengah hari tu, kami rehat jap then petang baru keluar pergi pekan Ao nang. pekan die agak kecil dan kami jalan kaki je pon pergi pekan ni. haha. disebabkan kawan ak ni mmg seorang yang well organized die telah siapkan ittenary utk kami selama di krabi. pheww.. berjalan dalam 10-15 minit la jugak dari hotel ke pekan Ao Nang ni.. sambil2 cuci mata tgk souvenir membe ak terus cari package yg murah2 bagi memenuhi masa selama 4 hari kt Krabi ni. Bargain punya bargain dapat lah package 1 rm40-60 seorang kalau xsilap ak la.Package termasuk transport (amek dekat hotel kau..) 4 island in Krabi (Phra Nang Cave, Tup Island, Chicken Island and Poda Island),Swimming, snorkelling, sunbathing, and free lunch. Package 2 plak kami amek naik hajah, kayak and amerald pool, plus buffet lunch dalam rm60 seorang. mase ngah jalan-jalan kt tepi2 jalan Ao Nang anda akan nampak ade org jual pancake yg rangup. perghh.. mmg sedap babe.
tengah survey package paling murah.
Banana Pancake
dh siap beli package, kami terus naik tut-tut ke bandar Krabi. disebabkan tut-tut ni lembap, so amek masa dlm 45minit utk sampai. fuhh..sesampai nye di pekan Krabi, kami sangat bertuah sbb dapat pergi Pasar malam die(if im not mistaken hari jumaat, sabtu n ahad rasenye) macam2 ade la, paling banyak adalah makanan. mmg terliur. sampai lah satu ketika kami tergamam sekejap sbb sume org berdiri tegak xbergerak, ghupenya diorang pasang lagu negara. haha.. siap ade food court kt tengah2 pasar malam ni. mmg terbaik.
Makhluk pelik di tengah2 town krabi
Lambakan kasut Pan.
masyarakat setempat sedang menyayikan lagu Thailandku
Nasi Briyani (rm4)
Somtam
Phra Nang Cave
Chicken Island
Tup Island Tup Island
tiba lah hari esok, kami naik transport jugak pergi ke sebuah tempat yang sgt jauh dan ak xhengat pon nama tempat ni, act boleh je kalau nk cari kt google kan, tp sbb ak malas sgt, jadinye pergilah korang cari sendiri.
kami sampai dalam jam 10 pagi, terus naik kayak. fuhh.. mmg pent. naik kayak lalu laut tetiba masuk kawasan sungai pulok. ape da... tengah hari baru kami naik. gile penat mengayuh. huhu.. habes je berkayak van terus bawak kami ke emerald pool. ini mmg tersangat dalam dan sejuk. dengan aku yg xpandai berenang ni terus teruja lompat masuk dlm pool ni. habes puas mandi, kami pergu buffet lunch. mmg sedap la. lepas kenyang terus ke pusat ternakan gajah. erkk.. betul ke ayat ini. ahh.. bantai le. huhu. penat harini, kami balik mandi dan terus keluar ao nang cari makan n beli souvenir sbb esok nye dh last day n xsempat shopping .
Emerald Pool
tips = Mc Donalds kt sini 2x ganda harganya.
= kalau betul2 nak makanan halal, selalunya ada banyak gerai2 kecil kt tepi jalan.
= Selagi boleh bargain, silalah bargain sampai harga zero. haha.. kalau boleh le.
= Cuba cari sebanyak-banyak package tour dan bandingkan harga.
= Teksi kt sini boleh berupa kenderaan yang mahal, macam Rexton. huhu.. kena pandai cari, kalau boleh tanye receprion hotel.
Keseluruhan belanja aku adalah: Flight (Air Asia) Rm 200
Hotel Rm 150
Tour Package Rm 100
Food Rm 200
Souvenir Rm 500
Taxi(to Airport) Rm 20
Total Rm 1170
Haaa...yang terlebih budget tu souvenir la babe. waaa... apa pon mmg terbaik la Krabi ni, bagi sesiapa yang suka travel and more to nature boleh la datang sini.